Search This Blog

JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

Tuesday, December 20, 2011

okay , 2 hari lagi ~ keputusan PMR akan dikeluarkan !

rasa yang tak boleh digambarkan oleh diri aku sendiri ~ adakah dia orang nya ? ya, mungkin ! aku menyayanginya lebih dari segalanya . hanya dia seorang yang berada disudut hati yang kosong ni . dia telah menempatkan dirinya di dalam jalan hidupku . aku berterima kasih kepada dia juga kerana sudi untuk menghadirkan dirinya untuk aku yang tak seberapa ni . setiap kali aku mendengar suaramu yang agak kasar bagiku tu , ia sekelip mata akan membuat bibir ku tersenyum . even when you angry with me but sometimes you made me cry becouse of you . air mata ku sering jatuh kerana kamu tapi kenapa kita masih tetap bersama ? aku sayangkan kau . walaupun kita tak macam dulu lagi tapi aku yakin yang kau tetap sayangkan aku kan ? i know ~ aku gembira kerana aku masih bersamamu . pelbagai janji yang telah kau kemukan untuk aku . aku masih menunggu sesuatu dari mu yang aku tak tahu bila akan ku dapat benda tu . jika kau betul-betul cintakan aku ~ aku yakin kau pasti tahu apa yang aku perlukan . kau beri aku harapan yang kuat sekali . sejak hari pertama kita bersatu pada 12/3 itulah aku dapat rasa sesuatu yang aku sendiri tak pasti . aku mahukan jawapan yang tepat untuk semua ni . adakah aku perempuan yang benar-benar bertakhta di hatimu untuk yang terakhir kalinya ?  aku perlukan kepercayaan mu ....

Friday, December 9, 2011

malam tadi kami webcam ~
haih, malu sangat -__-"
dia cakap aku comel. Huhh, betul ke? hmm, susah lah macam ni. aku tutup-tutup muka semalam *gunabantaldenganselimut.. apalah yang ada dalam kepala dia bila tengok. lepas webcam tu, kami terus onthephone tapi tak lama sebab kredit dia habis. bila lah dapat borak lama-lama. kalau dapat onthephone pun, bukan banyak sangat cakapnya ~_~" tak tahu lah kalau jumpa nanti macam mana. malu gilalah aku nanti, dia mesti biasa je nanti. haraplah kawan-kawan dia tak nampak semalam. aduhhhh, apa aku nak buat ni? haih, boleh pengsan kot kalau aku terus fikir benda ni. dia tak bagi aku malu-malu dah, then nak bagi aku apa? atotototototot !_! boleh mati tahu tak ....

Thursday, December 8, 2011

dia beli baju untuk aku ! HAHA, thanz sayang :) i love you so much.. malam tadi saya pakai baju yang awak bagi kat saya. lembut sangat baju tu, best pakai ~ sejuk je. awak bagi gambar awak juga :) comel lahhh time awak sekolah dulu. pasal buku tu pulak, saya nak cakap terima kasih sangat. saya ada baca yang depan tu : dia tulis ....

Along,
Selamat hari lahir yang ke-11. anak anda semakin meningkat usia. jaga tingkahlaku serta amalkan pekerti mulia.
Berazamlah untuk rajin berusaha semoga kejayaan akan menjadi milik anda. Umi sentiasa mendoakan agar anakanda akan menjadi orang berjaya manfaat kepada masyarakat, bangsa, negra dan agama.
ikhlas daripada : umi
julai 2004

thanz sebab bagi saya buku tu. insyaAllah saya akan jaga buku tu elok-elok. saya akan baca doa-doa tu.

Thursday, December 1, 2011



Bila awak awak cerita dekat saya apa yang awak lalui selama ni. Saya rasa saya ni bodoh sangat. Kalau saya tahu awak macam tu, SUMPAH saya akan layan awak elok-elok. Saya pun tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni saya terlalu ikutkan perasaan. Awak, saya minta maaf sangat. INSYAALLAH, saya akan berubah. Saya marah awak sebab saya geram, awak sibuk dengan hal awak sampai abaikan saya. Saya sunyi sangat. Semalam saya nangis tapi tak macam hari-hari sebelum ni. tiap-tiap hari saya menangis sebab awak. Awak anggap saya macam tak wujud je dalam dunia awak. Saya akan lebih bersabar lepas ni, saya tak akan marah-marah awak lagi. Pasal saya tipu awak pulak, sekali lagi saya minta maaf. And about my EX-BOYFRIEND, i'm sorry again and again. Saya memang tak patut cakap macam tu. Saya mengaku itu salah saya. Hari tu masa awak tengah kerja, saya lukis ada perempuan duduk sorang-sorang dalam bilik dia. Itu saya. Malam tadi saya koyakkan lukisan tu, saya taknak saya sorang-sorang. Awak ada dengan saya walaupun dalam hati saya. Hati saya ada awak untuk teman kan saya. Saya tak boleh tidur terfikirkan awak. Saya menangis sampai saya tertidur. Sedar-sedar dah pukul 6.25a.m. Saya teringat yang saya cakap dekat awak yang saya akan tunggu awak text saya pagi ni tapi awak tak text pun. pukul 7.25a.m tadi saya call awak sebab nak pastikan awak dah ada dekat tempat kerja. Yes, awak dah ada dekat tempat kerja. Lepas awak letak call saya, saya terus campak handphone tepi katil saya tengok syiling. kuat juga perasaan saya dekat awak. Saya terus teringat apa yang awak cakap malam tadi, kalau lah saya tinggalkan awak satu hari nanti, awak tak akan terima perempuan lain dalam hidup, mean saya yang terakhir dalam hati awak ? sayang, banyak salah saya pada awak. Layak ke saya dalam hati awak ? awak baik ~ malam tadi saya ada cakap yang saya tak bahagia kan ? saya bahagia dengan awak hanya beberapa saat je. Saat-saat yang lain kita banyak gaduh. Apa yang buat awak sayang dekat saya ? saya banyak buat awak marah. Apa pun yang jadi antara awak dengan saya, percayalah ~ saya tetap sayang awak, saya tak akan pernah membenci awak. Just bagi tahu saya kalau awak tak puas hati dengan saya. Dan terima kasih sebab sudi disisi saya selama ni :) Assalamualaikum...